Ghost

My Button Collection

Tiga Empat dan Lima Bukan Soal Siapa Siapa

Aku minta satu,

DIA bagi banyak,

Aku minta lagi satu, 

Lagi banyak dan makin banyak DIA bagi.

Oh bahagianya rasa.

Kau takkan tahu apa aku rasa,

Sampai kapan pun,

Kita berbeza,

Dua tapi tak serupa,

Walau tiga empat dan lima,

Tetap berbeza dan tidak serupa.


p/s: Hutang PTPTipu aku dah selesai. Terima kasih untuk manusia paling aku sayang. Abang aku. I love you sampai mati. Bukan sebab duit kau tapi sebab kasih sayang kau bagi aku. Rasa nak rogol kau sekarang, bang. 

Ini adalah video pasal agama yang pertama aku layan dekat youtube. Itupun sebab kena paksa tengok. Macam biasalah, abang aku paksa dengar. TV rumah dia kan canggih kengkonon. Ada internet. Dengan aku-aku sekali kena paksa layan ceramah. 

Muka aku macam cencurut masa kena paksa tengok video ni. Tapi, lepas aku dengar yang ini, sampai sekarang aku ketagih tunggu video-video baru ustaz Kazim Elias ni. Abang aku ni bomoh aku syak. Huh!

Tengok video ni. Kau tak akan rugi. SAYANGILAH DIRI SENDIRI

Cerita Tak Penting

Dengan siapa kau berkawan dan dengan siapa aku berkawan, itu hak masing-masing. Kau dengan pilihan kau. Aku dengan pilihan aku. Aku bukan suka-suka nak berkawan dengan orang yang jelas-jelas aku tahu cara hidupnya macam itu ini.

Aku tahu dan aku sedar risikonya.

Sekarang, kau jawab pertanyaan aku. Oke, tak payah jawab dekat sini. Jawab dalam hati lebih afdal. Kalau orang baik hanya boleh berkawan dengan orang baik, sampai bila orang kurang baik nak jadi baik? 

Sebab tu lah dulu aku lambat nak jadi baik sebab kawan-kawan yang perasan baik ni semua tak nak dekat dengan aku pun. Bodohlisme. Alah, bukan haram pun berkawan dengan aku.

Yang buat dosa, aku. Tipikal gila cara pemikiran sesetengah orang ni. 

Inilah masalah orang-orang kita. Perasan baik. Orang lain semua pada dia adalah penjahat kelas pertama. Boleh kebumikan diri sendiri sekarang. 

Checklist

Aku nak tidur sebenarnya tapi gatal tangan buka Facebook. Jumpalah gambar ini. Aku tengok, macam cun. Aku kan ada diari. Aku letaklah dekat sini. Korang nak tumpang sekaki, boleh saja. Tak nak, pergi main jauh-jauh. Oke, aku gurau

solat

Oke, sebelum aku tidur aku nak buat checklist. Apa yang aku dah buat, apa yang aku sedang buat dan apa yang aku belum buat lagi. Ini penting, aku rasa ini penting .

1. Seek protection to Allah- Alhamdulilah, hari ini cukup 5. Tahniah cicak

2. Read Quran with its meaning - Alhamdulilah. Semalam aku kena rasuk syaitan agaknya. Tak buka langsung. Hari ini, aku Qada’. Done. 

3. Pray - Malas nak jawab sebab aku rasa sama macam no 1. Salahkan gambaran tak jelas. Boleh?

4. Fasting - Aku rasa-rasa belum pernah aku puasa sunat hari Ahad. Hari Ahad aku bersamaan dengan hari makan-makan. Esok, InsyaAllah aku puasa. 

5. Remember Allah is watching us - Tahu, sebab tu aku solat. Konsepnya saya macam kita takut bos tengah tengok kita. Jadi, solat kalau tak nak kena “bambu”

6. Love Allah & the Prophet - Always. Dulu aku tak pernah terfikir Zikir itu penting untuk dapat hati yang tenang. Aku ingat, bila kusut. Layan muzik pung pang pung pang boleh hilangkan stress. Silap besar. Sekarang, aku cuma nak cakap. Kalau kau nak tenang, berzikirlah. Percaya je cakap aku yang jahil baru terhegeh-hegeh buat aktiviti ni

Ya Allah ada lagi? Outer pulak? Penyakit malas aku dah sampai. Tak rajin aku nak menaip. Nak tidur. Esok jelah aku sambung. Bye

WAKA WAKA, EH EH

Tempat kejadian: Surau belakang rumah


Semalam ada ceramah tentang kematian dekat surau. Aku dengar pasal kematian, dan sebab aku sedar diri banyak yang aku tak tahu bab alam ghaib ni. Aku gagahkan juga ikut mak ke surau (tolak markah sebab macam terpaksa)

Oke, masa Solat Maghrib tiada apa berlaku. Habis Maghrib, ceramah. Korang nak tahu ke pasal alam kubur? Tak nak kan? Aku pun tak rajin nak cerita. Penyakit malas dah sampai. Maaf.

Selesai ceramah, macam biasalah. Siap-siap nak Isya’ pulak. Oke, aku berdiri sebelah mak. Sebelah kanan aku pulak jiran aku. Jiran aku ni, nama je ada anak 3 tapi perangai budak-budak. Ini yang aku suka duduk sebelah dia. hahahaha!!

Lari topik. 

Oke, sambung. Imam pun Allahuakhbar. Aku pun ikutlah imam. Allahuakhbar. Sampai rakaat ketiga. Diulangi, rakaat ketiga ya. Tiba-tiba masa imam tengah baca surah Al-fatihah. 

Tsamina mina, Anawa a a Tsamina mina Tsamina mina, Anawa a a Tsamina mina, eh eh Waka waka, eh eh Tsamina mina zangalewa


Bunyi ringtone handphone makcik sebelah mak aku!!!! Babilah. Aku sudah sedaya upaya tahan nak gelak. Tapi, akhirnya masa sampai WAKA WAKA, EH EH tu aku dah tak boleh tahan sebab jiran sebelah aku dah bantai gelak!!!

Akhirnya, aku pun bantai gelak sama. Jilaka sungguh aku rasa. Lepas tu, penyakit ni berjangkit kepada mak aku. Sampai ke jemaah-jemaah lain. Keji lah sebab dah rakaat ketiga kot!!!

Oke, mesti korang pelik kenapa kami gelak sakan. Macam ni. Makcik yang empunya handphone ni tersangatlah TUA. Aku berani  kerat jarilah bukan dia yang set lagu tu. Mesti cucu-cucu dia.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!

Berguling-guling aku gelak. Ramai gila jemaah yang cancel solat, sebab dah tergelak. Yang maintain adalah berapa ketul je termasuk makcik tu. Aku tak pastilah dia tak dengar atau apa. Iyalah, dah tua kan? Risau juga ada masalah kedengaran ke apa.

Tapi, memang kejamlah. Lepas je semua selesai, kami yang perangai cam syaitan ni tadi kenalah solat semula. Aku tak tahu nak klasifikasika cerita ini sebagai lawak jenaka atau lawak serious.

Serba salah. Yang pasti, aku gelak sampai saat ni. bye!


Letak Tajuk Sendiri

Aku syak, aku macam tengah tak ada perasaan nak buat baik dekat orang. Zaman Jahiliah macam nak datang lagi. Payahnya nak berubah. Aku nak kahwin, nak pindah Mekah lah. 

HAHAHAHAHAHA. Boleh? Jawapannya, tak boleh. Tahu dah. Tak payah jawab pun tak apa. 

Kalau tak kuat, mesti aku patah balik. Tapi, bila fikir-fikir secara rasional tanpa bimbingan syaitan yang direjam… maka, terbantutlah aku dengan jayanya nak patah balik.

Aku cuba jadi baik & cuba berbaik dengan orang (apa beza baik dengan berbaik? Oke, tak penting) tapi ada yang cakap macam-macam. Macamlah aku suka. Perasaan dia macam kau bagi orang kuih yang elok tapi orang balas balik dengan kuih basi.

Kan macam cibai tu. 

Sudah, jagalah diri masing-masing. Aku nak berkawan dengan Doraemon. Berfaedah sikit

evanthompsonphotography:

Thousands of people can stand at the same point. Shoot the exact same picture. No one will get the same outcome. Lands End - San Francisco | Evan Thompson Photography

evanthompsonphotography:

Thousands of people can stand at the same point. Shoot the exact same picture. No one will get the same outcome. Lands End - San Francisco | Evan Thompson Photography

Button Theme